Friday 9 December 2011

CINTA + LOVE + :)

  assalamualaikum :) nak kongsi something.. thanks sudi membaca. kali ni kongsi pasal CINTA. tak banyak pun menda yang nak dikongsi.. tapi bolehlah sekadar bahan bacaan.. CINTA... CINTA.. CINTA...

Adakah tapak tanganmu berkeringat,hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu ? Itu bukan CINTA , itu SUKA..
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya ? Itu bukan CINTA , itu NAFSU..
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia di sana ? Itu bukan CINTA , itu KESEPIAN..
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang ? Itu bukan CINTA , itu KESETIAAN..
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat ? Itu bukan CINTA , itu TERGILA-GILA..
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana mengambil berat tentangnya ? Itu bukan CINTA , itu PERSAHABATAN..
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya ? Itu bukan CINTA , itu KEMURAHAN HATI...

Tetapi ....

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tidak terfahami... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya .. ? Itulah CINTA..
Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya ? Jika demikian . itulah CINTA..
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih ? Itulah CINTA..
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat ? Itulah CINTA..
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia ? Itulah CINTA..
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan ? Yang demikian , itulah CINTA namanya..
Adakah matanya melihatmu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk ? Jika demikian , itu yang dikatakan CINTA ..



p/s : CINTA ... LOVE .. :) TQ.. :)

Thursday 24 November 2011

TERTEKAN IDEA DIAMBIL ORANG =,=

.


ASSALAMUALAIKUM :)
hehe.. oke tak payah nak banyak melalut sangat lahh Baiti kann.. :)
sini nak share ar sedikit sebanyak info macam mane korang nak elakkan dr tertekan/tension/stress kalau idea bernas + bijak + terbaik korang kne rembat dgn orang lain.. grr !! Geram kan ? hee ~ saye ade bace dlm majalah.. so nak share ar sikit dgn korang.. Selamat membaca ! :)

SATU !
FIKIR SECARA POSITIF :)
memang menyakitkan hati apabila ada rakan sekerja yang busuk hati mencuri idea kita. Namun jangan cepat mengambil tindakan secara membuta tuli. Fikir secara positif dan matang. Semestinya idea yang dicuri itu terhad kerana bukan dari buah fikirannya. Sedangkan kita boleh mengembangkan lagi idea asal itu kepada yang lebih baik. :)

DUA !
ELAKKAN PISANG BERBUAH DUA KALI !
jika anda pernah mengalami situasi begini , elakkan daripada melakukan perkara yang sama. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Berhati-hatilah apabila mnegeluarkan pendapatkepada rakan sekerja. minta rakan sekerja yang lain jug mnegeluarkan pendapat.

TIGA !
MEMBERI IDEA YANG LEBIH BERNAS DARIPADA YANG ASAL
jangan takut apabila idea anda dicuri orang,sebaliknya yakinkan diri bahawa anda boleh melakukannya dengan lebih baik dan memberi idea bernas daripada yang asal. Tentunya idea itu lebih mantap kerana anda sudah tahu 'kelemahan pihak lawan' yang terang-terangan menggunakan idea orang lain.

EMPAT !
JANGAN CEPAT MELATAH
jangan cepat melatah kerasna boleh menunjukkan kebodohan anda. Lambat laun orang lain akan tahu juga kebenaran dan kemampuan diri anda. :)

LIMA !
BERSEMUKA =.=
bagi anda yang berani dan tidak ingin perkara ini berlarutan serta boleh membuatkan hubungan menjadi keruh, anda boleh bersemuka dengannya. Seeloknya , berbincang dari hati ke hati dan secara rasional. Jangan terlalu mengikut perasaan dan kata. Jika dia tidak mahu memberikan kerjasama barulah anda boleh bmenceritakan hal yang sebenar..

sekian.. terima kasih. :)


Tuesday 15 November 2011

CIRI-CIRI SAHABAT YG BAIK :)


  • jika kamu berbakti kepadanya,dia akan melindungi kamu..
  • jika kamu rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • jika kamu memerlukan pertolongan,dia akan membantu kamu..
  • jika dia mendapat pertolongan daripada kamu,dia akan menghargainya..
  • jika kamu berdiam diri,dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • jika datang satu bencana menimpa dirimu,dia akan meringankan kesusahan kamu..
  • jika kamu berdua berselisih faham dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
                  SEKIAN, TERIMA KASIH. HEHE :)

PENGHUJUNG CINTA (PASHA FEAT ADELIA)



berakhir sudah pencarian cintaku..
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini telah ada yang miliki..
tiba diri ku di penghujung mencari cinta..
diri ini tak lagi sepi kini aku tak sendiri..
      aku akan menikahimu..
      aku akan menjagamu..
      ku kan slalu di sisimu..
      seumur hidupmu...
          aku akan menyayangimu..
          ku kan setia kepadamu...
          ku kan slalu di sisimu...
          seumur hidupmu...
tiba diriku,di penghujung mencari cinta..
hati ini tak lagi sepi... kini..
aku tak sendiri...
      aku akan menyayangimu..
      ku kan setia kepadamu..
      ku kan slalu di sisimu...
      seumur hidupmu...
            aku akan menikahimu...
            oh.. aku akan menjagamu..
            ku kan slalu di sisimu..
            seumur hidupmu...

Saturday 22 October 2011

MENANGIS ??


*assalamualaikum , salam senyum senyum :). terima kasih sudi membace. :)
seorang gadis tak kan menangis dengan mudah , tetapi hanya apabila dia mula menyintai , dia akan mula merendahkan egonya untuk si jejaka semata mata hanya kerana si jejaka.. 

apabila si gadis menangis di hadapan si jejaka,
apabila si gadis menangis kerana si jejaka,
pandanglah matanya..
bolehkan si jejaka rasakan apa yang si gadis rasa ?
fikirkan..
berbaloikah si gadis menangis, di hadapan si jejaka
hanya kerana si jejaka ? fikirkann..

       si gadis menangis bukan kerana lemah
       si gadis menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati..
       dia menangis,
       kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati,
       kesedihan yang dirasai menjadi semakin beban untuk disimpan..

ambil masa untuk berfikir..
jika si gadis menangis hanya kerana si jejaka
mungkin sudah tiba masanya si jejaka fikir di mana silapnya
kerana hanya si jejaka tahu jawapannya..

      fikirkan...
      kerana suatu hari nanti , mungkin terlalu lambat untuk menyesal 
      atau terlalu lambat untuk mengucapkan "maafkan saya,i'm so sorry".

kalau seorang gadis menangis kerana si jejaka , jangan biarkan si gadis menangis keseorangan,bersendirian. . berada di sisinya, menemaninya, kerana dialah yang akan setia dengan si jejaka sehingga akhir hayat kamu.
kalau si gadis menangis kerana si jejaka , jangan tinggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. kerana khuatir nanti si jejaka akan merosakkan hidup si gadis.

**jangan pernah ungkapkan rasa cinta kepada seseorang selagi belum benar benar yakin dan sedia bercinta  
    kerana itu akan membuat seseorang itu menangis.
**mudah bagi seseorang gadis untuk berpura pura melupakan cintanya , tetapi bukan mudah untuk
    membuang parut dalam hatinya. 
sekian terima kasih.. :)


Friday 14 October 2011

MEMILIKI SAHABAT LEBIH DARI SATU ==''

*assalamualaikum :) mcm biase. terima kasih sudi membace. :)

sahabat bukan bermakna hanya seorang malah ada yang punya sahabat lebih dari seorang iaitu dua, tiga atau lebih dari itu. namu ape bezanya antara bersahabat dengan seorang berbanding dengan lebih dari seorang ? hehe :) moh kite bace sikit ...

>> Seorang sahabat <<
seorang ertinya kita just ada seorang sahaja teman yang kita percaya untuk share cerita ,teman kita ke mana jer dan orang yang diharapkan untuk bersama kita susah dan senang. Namun ade baik nya, ada buruk nya..

KEBAIKAN
:)  fokus hanya pada seorang dan lebih mudah untuk mengenalinya luar dan dalam. kalau nak berkongsi cerita hanya pada kita sahaja tidak perlu rasa bersalah pada sesiapa, mungkin dia lebih memahami kamu kerana keakraban yang terjalin.

KEBURUKAN
:(  terlalu bergantung sehingga apabila dia tiada kita kan jadi seperti orang patah kaki. Dia mungkin akan mudah berkecil hati andai kita ketepikannya dalam satu-satu hal. Bersama dia sahaja 24 jam sehinggakan kita takde peluang nak memperluaskan persahabatan dengan orang lain.

>> Lebih dari Seorang sahabat <<
kita ada sahabat lebih dari seorang dan mereka inilah yang menjadi pilihan apabila susah dan senang. memiliki sahabat lebih dari seorang bukan bermakna mereka ini dalam kelompok yang sama.

KEBAIKAN
:) kita punya banyak pilihan sekiranya si dia ada masalah tak dapat teman , kita akan ada sahabat lain yang boleh diharapkan. Dia mungkin akan lebih terbuka kerana sedar bukan dia sahaja sahabatmu yang perlu diberi perhatian malah kita ada ramai sahabat yang lain. Pengalaman lebih luas kerana persahabatan juga luas.

KEBURUKAN
:( ambil masa untuk mengenali antara satu sama lain kerana lebih ramai orang akan lebih banyak ragamnya. Ada kalanya akan rasa serba salah terutama apabila terpaksa memilih salah seorang yang perlu diutamakan. Dia kurang memahami kita kerana dia juga perlu memberi ruang pada sahabat yang lain.

*so mane yg best ? seorang atau lebih ? terpulang pada masing masing kay.. pendapat masing masing. yg ni ditulis atas sebab nak share jep. oke ? sekian terima kasih ! adios ! :)

Wednesday 12 October 2011

SENI MEMAAFKAN SAHABAT ANDA ! :)

*assalamualaikum kepada si pembaca. terima kasih sudi membace. terima kaseh sudi menyinggah walaupon sejenak mungkin. huhu :) sikit tips atau nasihat atau cara kite memaafkan sahabat. :)

IKHLAS
jangan sesekali menyimpan perasaan ragu atau takut untuk melafazkan kata maaf. Kaedah ini mungkin berkesan untuk menakluki emosi seseorang yang sedang marah. Seandainya sahabat masih belum memaafkan,jangan menyerah. Tunjukkan rasa tanggungjawab dengan memperbaiki keadaan supaya dia benar-benar melihat ketulusan dan kesungguhan kamu meminta maaf. :)

BERIKAN RUANG UNTUK MENYEMBUHKAN
sahabat juga memerlukan masa dan ruang untuk memujuk hatinya. Jadi,kamu harus bijak memainkan peranan dan jangan bersikap terlalu mendesak. Biasanya sahabat akan cari kamu balik apabila sudah sejuk hatinya. So berikan masa untuk sahabat kita itu kay ! :)

JAGA BAHASA TUBUH
manfaatkan masa yang ada jika sahabat ingin bertemu dengan kamu. Usahakan untuk datang lebih awal berbanding dengan sahabat sebagai tanda kamu sangat sangat ternantikan detik pertemuan itu. Tunjukkan sikap positif agar sahabat berasa selesa. Elak gunakan bahasa tubuh yang kasar atau sombong sewaktu berbual contohnya 'berpeluk tubuh' atau menudingkan jari sewaktu bercakap. Ingat tu ! huhu :)

BERSEDIA DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN
ada kemungkinan sahabat bakal meluahkan perasaannya terhadap kamu. Berikan kesempatan kepadanya untuk meluahkan perasaannya dan jangan ambil hati jika sahabat menggunakan bahasa yang kasar sewaktu berbicara. Bersikap dewasa. Kalau situasi semakin panas jangan bertegang leher untuk menyelesaikan perbualan itu serta merta. Lebih baik lanjutkan perbincangan itu pada hari lain. Ketika semuanya sudah kembali tenang.

BELAJAR DARI PENGALAMAN
meski telah melakukan macam macam cara, sahabat belum sudi memaafkan kamu ? hurmmm.. mungkin kamu perlu sedar diri bahawa kamu perlu undurkan diri kamu dari kehidupannya. Kamu harus menghormati keputusannya. Kemudian fokus supaya kamu tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa masa akan datang. Sekurang kurangnya kamu dah berusaha sehabis baik untuk memperbaiki keadaan. :)

*SEKIAN TERIMA KASIH :) :)

Saturday 8 October 2011

wahai GADIS JANGAN MUDAH tergoda !

gambar hiasan semata-mata :)
*fenomena hari ini, ramai gadis di luar sana yang begitu mudah tergoda dengan si jejaka. dengan hanya sekuntum senyuman, si gadis sudah mula gila bayang. dengan hanya berkereta besar, si gadis yakin si dia cukup kaya. namun tahukah anda kebenaran disebaliknya ? ingatlah jangan mudah tergoda dengan sifat yang dizahirkan. adakalanya pandangan zahir tidak seiring dengan kebenaran. oleh itu, ikuti lah sedikit nasihat atau ilmu tambahan, harap mampu dijadikan panduan dan sandaran. :) 
1- Jangan terlalu mabuk cinta
benar, kalau sudah mabuk cinta itu bukan jaminan membawa bahagia. namun dalam kalangan kita hari ini, masih ada yang begitu asyik dan taksub dengan cinta. si jejaka pula begitu asyik melontarkan kata kata cinta. si gadis pukka khayal berpanjangan. INGAT berpijaklah di bumi yang nyata !

2- Jangan terhasut dek keinginan
berhati-hatilah dengan keinginan hati yang terlalu melonjak. berpijaklah di bumi yang nyata. tidak perlu untuk terlalu mengejar keinginan hati untuk memiliki si jejaka. siasat dulu latar belakangnya. mungkin indah khabar dari rupa..

3- Jangan terlalu teruja dengan populariti
seronoknya apabila didekati oleh si dia yang popular di tempat anda belajar atau bekerja. mentang-mentanglah dia dikatakan The Most Wanted Bachelor, kacak dan ada gaya, terus anda menerima cintanya. kenal pun tidak, mana tahu si dia banyak sikap yang menjengkelkan.

4- Jangan pandang pada hartanya
melihat si jejaka berkereta mewah, anda di sini sudah mula membayangkan yang indah-indah. jangan begitu ! harta hanya pinjaman, belum tentu membawa bahagia yang berpanjangankan ?

5- Jangan terpengaruh dengan situasi
jangan terlalu terdesak untuk memiliki sebuah cinta. asalkan ada dalam kalangan temanmu asyik dengan cinta. anda juga ingin dikasihi dan disayangi. sedangkan si jejaka itu bukanlah pilihan yang tepat.

6- Jangan percaya dengan "Kepercayaan Karut"
gadis masa kini terlalu suka merujuk perihal cinta mereka mengikut zodiak. tak baek tau ! kekasih yang begini, disuruhnya begitu. lama kelamaan si dia pun naik bosan. anda ditinggalkan ! sedih :(
oleh itu, jangan terlalu taksub mengikut zodiakmu. cukup sekadar menjalinkan hubungan cinta kamu mengikut keserasian bersana. :)

*so lepas ni pikir betul betul kay. jangan ikut kehendak hati sangat. :)
*sumber dari majalah sebenarnya. hehehe... sekian, terima kasih :)

BAKAL SUAMI YANG PERLU DIJAUHI =,=

  •  :) intro dulu kay. just sekadar info tambahan. terima kasih sudi membaca. if ade yang tersinggung , MAAF lahh yer. sekadar bahan bacaan sahaja. marilah kita bersama mempelajari ilmu yang ade. :)
  • CiRi-CiRi bAkAL sUamI yANg pErLU diJaUhI :
  • ciri pertama :
  • (akidahnya rosak)
  • inilah ciri lelaki yang tidak layak dijadikan idaman hati. akidah yang dimiliki sudah jelas adalah akidah yang rosak. Ibnul Qayyim mengatakan "barang siapa hendak meninggikan bangunannya,maka hendaklah dia mengukuhkan asasnya dan memberikan perhatian penuh terhadapnya. sesungguhnya kadar tinggi bangunan yang boleh dia bangun adalah sebanding dengan kekuatan asas yang dia buat. amalan manusia adalah ibarat bangunan dan asasnya adalah iman."(Al Fawaid).
  • bermaksud : jika akidah dan iman seseorang rosak padahal itu adalah pokok atau asas, maka bangunan di atasnya pun akan ikut rosak. Perhatikanlah hal ini ! :)
  • ciri kedua :
  • (mensia-siakan solat)
  • solat jemaah bagi lelaki adalah satu kewajipan sebagaimana disebutkan dalam Al Quran dan hadis. diriwayatkan dari Abu Hurairah,seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah SAW dan berkata "Wahai Rasulullah, aku tidak memiliki penunjuk jalan yang dapat mendampingi aku untuk mendatangi masjid." maka dia meminta keringanan kepada Rasulullah untuk tidak solat berjemaah dan agar dibolehkan solat di rumahnya. kemudian Rasulullah memberikan keringanan kepadanya. namun ketika lelaki itu hendak beranjak, Rasulullah memanggil dia lagi dan bertanya "Apakah kamu mendengar azan ?" dia menjawab "Ya." Rasulullah bersabda , "Penuhilah seruan (azan) itu." (HR Muslim)
  • ciri ketiga :
  • (tangan suka usik-mengusik)
  • tangannya suka bersalam wanita yang tidak halal baginya. Rasulullah SAW pun ketika berjabat dan waktu lainnya tidak pernah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya. dari Abdullah bin 'Amr,"Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita ketika berbajat."(HR Ahmad. Shahih). 
  • * ini sekadar untuk pengetahuan kita bersama. pendapat masing masing kay. bukan nak tuju kpd sapa sapa. hanya ilmu tambahan. sekian terima kasih. ASSALAMUALAIKUM. :)


Saturday 1 October 2011

MEmOrY AbADi :)

nahazatul syuhaidah

nursaydatina aiesyah
norbaiti jasarudin

sahabat, kawan, rakan,friend.ini kisah kami. :)
hurmm... ni yg aku ade untuk diolahkan sebagai cerita di blog ku ini. tentang persahabatan yg telah lame dibina, lame dijage.pahit, masam, manis, tawar. ade semua nye. cukup lengkap.susah senang kami bersame. itu baru kawan, sahabat name nye kann ? hehe :)
oke, mula mula aku nak ceritalah kan.. kawan aku yg berdua tu sepupu aw. huhu.. same umo blake. sekampung blake. haha... kiteorg kenal dari tadika. bayang kan.. umo 6 tahun. kecek kecek ag. berhingus ag time tu. nak g tadika ma anta, ayah anta. ma ambek, ayah ambek. tapi ade kadang balek ngan cikgu tadika tuu. huhu :) mase kat tadika kawan aku yg berdua ni cepat sikit pick up nye. aku jep slow. haha.. almaklum lahh time tu pemalu sikit. haha *dan dan bgtau pemalu.. huhu.. oke. pas tu kiteorg sambung ag persahabatan yg sementare tu kat sekolah rendaah pulak. umo 7 tahun sampai 12 tahun. lame tak ? lame kann.. hui~~ mase sekolah rendah, jgn cakap lah. tiga tiga garang. huhu.. garang ker ? agak garang ar~~ dah pengawas sekolah, garang lah jawab nye. time tu.. kejayaan bersama! seorg pengawas, habes tige tige pengawas. tamak ! huhu.. hurmm.. lepas tu... berpisah dah... sedeh nye :( .. seorang ke sane, seorang ke sini, seorang ke situ..yg name Syuhaidah tu ke sekolah menengah berasrama. yg name Aiesyah tu ke sekolah agama. aku ? ade jer kat sekolah menengah harian.. hehe :)
tapi tulahh.. takdir Tuhan, sejauh mane kiteorg pergi. masih tetap ditemukan jugak.. sampai sekarang. dah 18 tahun pon umo masing masing. masih berkawan. masih elok persahabatan tu dijage. masih kekal. masih wujud walaupon tak kelihatan secara kasar nye. cause jarang jarang dapat jumpe. unless si Aieyah tu.. cause mase tingkatan 3, dy pindah sekolah aku. hehe :) *sempat diselitkan ag tu..
sedar tak sedar dah 13 tahun kite berkawan.. dari rambut tocang, sampai bertudung ni haa.. adoi ~~ masih bersame. just ade kadang tak contact each other jep. tapi tak bermakna dilupakan. sikit ar info nak tambah. hehe.. Syuhaidah tu birthday dy 28 APRIL 1993. Aiesyah, 27 JULAI 1993.. 
aku rindu korang aw. ade kadang teringat kat korang. aku doa moge moge persahabatan kite yg dah lame kite bina ni kekal selamanye. Insya Allah. tak kisah kowg kat mane. aku doakan kite same same berjaye. 
lovekorangketatketat. :) muahh !


Sunday 25 September 2011

ini YanG uTama !

this is my FAMILY !
haaa :),, ni family aku.paling penting,paling utama dlm hidup aku. mama papa aku dah 19 tahun kahwin. tahun 1992. pastu dapat lahh aku ni.. hehehe :) mama aku lahir 16 MAY 1957. papa aku 11 SEPTEMBER 1962.. jauh tak beza ? 5 tahun beza dowg aw. tp my mum always looks younger.. huhu :) kecek jep owg nye.. tgok anak dare dy dahh ar.. besar mane jep. alhamdulillah kat Tuhan sebab bg aku mama papa yg sgt sgt sgt sporting,sgt sgt sgt memahami aku. tak jemu jemu ngan karenah aku & adik aku.mama ? garang. tp tak lahh garang sesgt. garang bertempat jep. tapi open minded sgt. segala cerita aku cerita habes kat dy. a to z, tak sembunyi ape ponn. sebab mama aku selalu cakap. "akak.kalau ade masalah jgn simpan sowg sowg.mama kan ade.kongsi dgn mama lahh."mama aku memang terbaekkk lahh. my mum is my idol. she is everthing for me. tak pernah jemu dy dengar celoteh anak dare dy ni tiap tiap hari aw. aku & adik aku tak pyah cakap lahh.. ade kadang macam kucing dgn anjing. boleh pecah umaa kalu aku memekak ng adik aku. adik aku lahir 2 JUN 2000.jauh beza aku dgn dy kann.? tapi tu lahh adik aku. dy lahh racun, dy lahh penawarnye. semua dy lahh. biar ade kadang aku agak ganas ar sikit dgn dy, tp tu lahh... adik aku kann.. jahat mcm mane ponn, tetap adik aku. darah daging aku. sape tak sayang adik weyh ? sayang sgt..huhu :) papa ? haa.. ni hero aku. hehe :)
papa , papa plg best. tak garang. tapi kalau dy marah. adoi ~~ kecot perot gakk. yelaa.. owg cakap , kalu owg yg jarang marah ni sekali dy marah.. hah ! amekaww ! siang malam pg petang tak pernah jemu cari rezeki. jarang sekali dengar papa mengeluh. ade masalah mcm mane besar pon, dy senyum jep. tapi aku tau dy risau. cuma tak nampak sgt dy risau. jarang sekali dgr papa tinggikan suare kat aku & adik. that's my papa lahh.terbaekkk !
syukur sgt sgt sgt kat Tuhan sebab bg aku mama papa yg cukup cukup sporting. cukup cukup baek. bg aku family yg paling best ! terima kasih sgt kat Tuhan. alhamdulillah. :)

FaLLiNg iN LoVE

                                                 
falling in love lahh sgt kann..
tak ponn sbnarnye. tapi lirik lagu ni best.. tu layan jep tuu.. hehe :)
now i can't seem to find myself
i can't seem to ease my mind
i think i'm falling
i;m falling and i can't stop falling
i'm falling in love with you...
best ? huhuhu.... 
*terjiwang plak aku ni kannn... hehe

Thursday 22 September 2011

MENIMBA ILMU :)

       MEMPERSEMBAHKAN... wah wah wah.. haha :D..  di sini aku bertemu bersama sahabat sahabat ku yg ade di kelas 6 RENDAH 2 sekarang. PRA UNIVERSITI SMK PAYA BESAR KUANTAN for sesi 2011/2012 kay.. tengok cikit bawah tulisan pra universiti tuu.. SELANGKAH KE MENARA GADING ! SELANGKAH CUMAA.. :) huhu.. that's mean lepas ni ke universiti lahh kami , Insya Allah.. Usahe tangga kejayaan kann ? di sini lah aku sekarang ni.. di pra universiti . :) orang cakap, STPM tu susah.. tapi ?! kalau orang laen boleh buat. kenape tak kite kann ? jangan pikir susah sgt lahh kan.. selama ni blajar ade senang ke ? same jep.. so.. chaiyok ! chaiyok ! chaiyok ! hehehe :)
tarikh keramat masuk skula ni 9 MAY 2011. tuu tarikh masuk pra u. tarikh keramat lagi masuk kelas 6 rendah 2... erm ? erm ? bpe erk ? tak ingat daa.. huhu
yg pasti best lahh dpt kenal ng mber mber baru dr skula laen.. huhu :)

INI KAMI !

haaaa.. ni ni.. ni lahh.. hehe.. ini kami ! sahabat sahabat ku.. aku sayang dowg ni. tapi tak bermakna yg sahabat-sahabat laen tu aku tak sayang. sayang jep !( dan dan bgtau) huhu.. :)
bersahabat dgn dowg ni. memang best gile kot.. happy sgt. ade masalah share same kay. sharing is caring kann ? huhu :) susah senang bersama. biar baru bape bulan aku kenal dowg semue ni, tp seriously aku cakap. dowg memang terbaaaaeeekkk lahh. loveyouall <3..
*dari kanan tu,bahagian blakang = DAYANA,AINI AIESYAH,ASNIM,SAYE,SHERINA,
*dari kanan yg duduk depan tu = FATIHAH,AFZAN & ZAHIRAH :) :)
INI LAH KAMI ! :)