Friday 14 October 2011

MEMILIKI SAHABAT LEBIH DARI SATU ==''

*assalamualaikum :) mcm biase. terima kasih sudi membace. :)

sahabat bukan bermakna hanya seorang malah ada yang punya sahabat lebih dari seorang iaitu dua, tiga atau lebih dari itu. namu ape bezanya antara bersahabat dengan seorang berbanding dengan lebih dari seorang ? hehe :) moh kite bace sikit ...

>> Seorang sahabat <<
seorang ertinya kita just ada seorang sahaja teman yang kita percaya untuk share cerita ,teman kita ke mana jer dan orang yang diharapkan untuk bersama kita susah dan senang. Namun ade baik nya, ada buruk nya..

KEBAIKAN
:)  fokus hanya pada seorang dan lebih mudah untuk mengenalinya luar dan dalam. kalau nak berkongsi cerita hanya pada kita sahaja tidak perlu rasa bersalah pada sesiapa, mungkin dia lebih memahami kamu kerana keakraban yang terjalin.

KEBURUKAN
:(  terlalu bergantung sehingga apabila dia tiada kita kan jadi seperti orang patah kaki. Dia mungkin akan mudah berkecil hati andai kita ketepikannya dalam satu-satu hal. Bersama dia sahaja 24 jam sehinggakan kita takde peluang nak memperluaskan persahabatan dengan orang lain.

>> Lebih dari Seorang sahabat <<
kita ada sahabat lebih dari seorang dan mereka inilah yang menjadi pilihan apabila susah dan senang. memiliki sahabat lebih dari seorang bukan bermakna mereka ini dalam kelompok yang sama.

KEBAIKAN
:) kita punya banyak pilihan sekiranya si dia ada masalah tak dapat teman , kita akan ada sahabat lain yang boleh diharapkan. Dia mungkin akan lebih terbuka kerana sedar bukan dia sahaja sahabatmu yang perlu diberi perhatian malah kita ada ramai sahabat yang lain. Pengalaman lebih luas kerana persahabatan juga luas.

KEBURUKAN
:( ambil masa untuk mengenali antara satu sama lain kerana lebih ramai orang akan lebih banyak ragamnya. Ada kalanya akan rasa serba salah terutama apabila terpaksa memilih salah seorang yang perlu diutamakan. Dia kurang memahami kita kerana dia juga perlu memberi ruang pada sahabat yang lain.

*so mane yg best ? seorang atau lebih ? terpulang pada masing masing kay.. pendapat masing masing. yg ni ditulis atas sebab nak share jep. oke ? sekian terima kasih ! adios ! :)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.