Friday 9 December 2011

CINTA + LOVE + :)

  assalamualaikum :) nak kongsi something.. thanks sudi membaca. kali ni kongsi pasal CINTA. tak banyak pun menda yang nak dikongsi.. tapi bolehlah sekadar bahan bacaan.. CINTA... CINTA.. CINTA...

Adakah tapak tanganmu berkeringat,hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu ? Itu bukan CINTA , itu SUKA..
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya ? Itu bukan CINTA , itu NAFSU..
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia di sana ? Itu bukan CINTA , itu KESEPIAN..
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang ? Itu bukan CINTA , itu KESETIAAN..
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat ? Itu bukan CINTA , itu TERGILA-GILA..
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana mengambil berat tentangnya ? Itu bukan CINTA , itu PERSAHABATAN..
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya ? Itu bukan CINTA , itu KEMURAHAN HATI...

Tetapi ....

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tidak terfahami... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya .. ? Itulah CINTA..
Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya ? Jika demikian . itulah CINTA..
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih ? Itulah CINTA..
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat ? Itulah CINTA..
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia ? Itulah CINTA..
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan ? Yang demikian , itulah CINTA namanya..
Adakah matanya melihatmu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk ? Jika demikian , itu yang dikatakan CINTA ..



p/s : CINTA ... LOVE .. :) TQ.. :)