Wednesday 6 June 2012

SAHABAT PLATONIK ?

Assalamualaikum . hai ! hehe :) thanks sudi baca sudi menyinggah kat blog saya yg tak seberapa ni . hihi :)
  Okay . tengok pada title ? its about "sahabat platonik" . korang tau ker sahabat platonik tu apa ? hihi . saya ? saya sebagai si penulis blog ni tau gitoo gitoo jer pasal sahabat platonik ni . Tak tau secara mendalam or terperinci . Ini pendapat saya tentang "sahabat platonik" . Korang mesti ade pendapat korang sendiri kann ? Never mind . Saya ? Cuma mahu berkongsi sahaja . hehe :)


SAHABAT PLATONIK ini sebenarnya persahabatan antara lelaki dengan perempuan TETAPI tidak melibatkan perasaan CINTA . tu SAHABAT PLATONIK . Lebih kepada persahabatan yang secara mata kasarnya bila dilihat oleh orang lain . Orang lain akan fikir macam couple jer . Padahal bukan . SAHABAT PLATONIK ni dorang suka spend time sama sama . Tak kiralah aktiviti tu macam mana . Nak nak lagi kalu dapat yang memang sah sah sekepala dengan diri masing masing . Memang terbaik kann ? huhu  ..




paling penting sebenarnya dalam SAHABAT PLATONIK ni,dorang takde perasaan CINTA antara satu sama lain. Tu yang pentng . Yela ? Ada orang cakap , mana mungkin lelaki dengan perempuan boleh jadi bff . Sebab nanti nanti salah sorang akan jatuh suka + sayang pada yang lagi sorang . Tu mungkin tak dapat dinafikan . Tapi ? Kalau kita bijak  , kita akan dapat bezakan apa yang kita rasa . Ada kadang apa yang dirasa tu sebenarnya cuma nafsu jer . Hasutan syaitan katakan . hehe :)

  Tak kisahlah macam mana pun persahabatan korang . Paling penting jaga akhlak masing masing . Jaga BATAS masing masing . Bersahabatlah seramai mana pun . Sebab tanpa sahabat kehidupan kita KOSONG . Bak kata "sahabat platonik" saya . Kawan,teman susah nak cari . Awex boleh cari bile-bile jer . APAKAH ? haha . Tapi tulahh partner platonik saya cakap dekat saya .
Terpulang pada masing masing . Sebab ? masing masing ada hak untuk bagi pandangan,untuk buat keputusan . okay ? hehe :)

p/s : Ni hanya pandangan saya . If ada yang terasa. Saya minta maaf . Apa yang baik tu datang dari Tuhan,yang buruk tu datang dari saya sendiri dan diri kita sendiri juga . Terima kasih sudi membaca . :)

Friday 11 May 2012

MID YEAR EXAM IS COMING !

BISMILLAH .. ASSALAMUALAIKUM + SALAM SAYANGGSS UNTUK SEMUA . HEHE :)
KEJAP JER BULAN 5 DAH KAN ? HAH ! SEDAR SEDAR SAYA DENGAN KAWAN KAWAN SAYA PUN DAH NAK LALUI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PRA UNIVERSITI . ayoyo ~ apa pun tak ready lagi ni . ape kejadahnya ni ? tak elok betul . huhu .. 14 MAY UNTIL 25 MAY 2012 . nasib baik satu hari , satu paper . ALHAMDULILLAH . ada juga masa nak belek buku sebelum exam . hehe.. sebenarnya , nak kongsi sikit jer kepada anda anda semua . tak sikit manalah , banyak jugak . mana yang baca tu TERIMA KASIH DAUN KELADI . NANTI NANTI BACA LAGI . :) i like ~ haha . oke .

FIRST sekali macam mana kita nak yakinkan diri untuk ambil peperiksaan .
1) Proses biasa untuk semua orang.
    setiap orang PASTI akan melalui proses peperiksaan dan ada yang telah berjaya dengan CEMERLANG .   jika mereka boleh,anda pun BOLEH ! :)
2) Pengukur tahap kecemerlangan.
    peperiksaan ialah ukuran yang menentukan tahap kecemerlangan anda. jadi , hadapi peperiksaan dengan
    melakukan yang terbaik .
3) Mendewasakan dan mengiktiraf diri .
   peperiksaan akan mendewasakan kita,mematangkan fikiran,
   menambahkan ilmu,memantapkan diri dan memberi pengiktirafan kepada
   anda . oleh itu , anggaplah peperiksaan itu sesuatu yang dinantikan oleh
   anda .
4) Peningkatan martabat diri.
    melalui peperiksaan ini, martabat diri anda akan dapat diangkat ke suatu
    tahap yang tinggi sebagai bukti kebijaksanaan dan kejayaan peribadi
    anda .
                                                    SECOND petua pada hari peperiksaan.
1) bersedia dan datang awal .
2) bertenang dan percayakan diri anda sendiri .
3) bersantailah tetapi berhati-hati.






 
hehe . oke . tu jer yang dapat dikongsi . hope apa yang dikongsi sedikit sebanyak dapat membantu diri anda semua termasuk diri saya sendiri . yang silap tu datang dari diri saya sendiri . HARAP DIMAAFKAN . kepada KAWAN KAWAN saya di SMK PB Kuantan . GOOD LUCK ! moga moga kita dapat lalui peperiksaan pertengahan tahun ini dengan lancar . Insya Allah . Amin . sekian , terima kasih . :)

Saturday 17 March 2012

WASIAT RASULULLAH KHAS UNTUK WANITA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA .  SALAM SENYUMAN . KALI NI NAK SHARE SIKIT AR NGAN KORANG SEMUA PASAL APE YANG SAYE BACE KAT SATU MAJALAH . SO HOPE KORANG BACA . N AMBIK SIKIT IKTIBAR YANG ADE . MOGE MOGE MENJADI PANDUAN . INSYA ALLAH . :)


Rasulullah amat menyayangi puterinya iaitu Fatimah binti Rasullullah. 10 wasiat yang baginda sampaikan merupakan mutiara paling berharga apabila dimiliki oleh seorang isteri yang solehah.


1- kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya daripada setiap bijirin gandum,menghilangkan kejelikan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2- kepada wanita yang mengeluarkan peluh ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya,nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah .


3- kepada wanita yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya,Allah telah menetapkan pahala kepadanya seperti pahala memberi makan 1000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian 1000 orang yang tidak berpakaian.

4- kepada wanita yang mempertahankan keutuhan rumah tangganya, Allah akan menahannya daripada meminum air daripada telaga kautsar pada hari kiamat nanti .

5- wahai Fatimah,perkara utama daripada yang di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Seandainya suamimu tidak meredaimu maka aku tidak akan mendoakanmu. ketahuilah wahai wanita kemarahan suami adalah kemurkaan Allah .

6-kepada wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatnya, meminyakkan janggut dan memotong kumisnya serta memotong kukunya,maka Allah memberikan minuman yang didatangkan dalam bekas indah daripada sungai-sungai di syurga. Allah memudahkan sakaratul maut baginya dan kuburnya menjadi sebahagian daripada taman di syurga. dan Allah menetapkan baginya bebas daripada seksa api nerka serta dapat melintasi titian siratul-mustaqim dengan selamat .

7- kepada wanita yang tersenyum di hadapan suaminya,maka Allah akan memandang dengan penuh kasih sayang.


8- kepada wanita yang membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan senang hati.para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amlannya,dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9- apabila wanita mengandung,maka malaikat akan memohon keampunan baginya dan Allah menetapkan kepada setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu kejelikan. ketika wanita berasa sakit sewaktu melahirkan, Allah menetapkan pahala untuknya sama dengan pahala para pejuang yang berjuang di jalan Allah. jika dia melahirkan kandungannya , maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya.
apabila meninggal dunia ketika melahirkan maka dia tidak akan membawa walau sedikit dosa. di dalam kubur pula,dia akan mendapat taman indah yang merupakan sebahagian daripada taman syurga. dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah , dan seribu malaikat akan memohon keampunan baginya sehingga hari kiamat.

10 - apabila seorang wanita melayan suaminya sehari semalam dengan senang hati dan ikhlas , Allah akan mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian untuknya pada hari kiamat berupa pakaian hijau,menetapkan padanya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan . dan Allah akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah .


SEKIAN TERIMA KASIH . WASALAM .