Saturday 17 March 2012

WASIAT RASULULLAH KHAS UNTUK WANITA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA .  SALAM SENYUMAN . KALI NI NAK SHARE SIKIT AR NGAN KORANG SEMUA PASAL APE YANG SAYE BACE KAT SATU MAJALAH . SO HOPE KORANG BACA . N AMBIK SIKIT IKTIBAR YANG ADE . MOGE MOGE MENJADI PANDUAN . INSYA ALLAH . :)


Rasulullah amat menyayangi puterinya iaitu Fatimah binti Rasullullah. 10 wasiat yang baginda sampaikan merupakan mutiara paling berharga apabila dimiliki oleh seorang isteri yang solehah.


1- kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya daripada setiap bijirin gandum,menghilangkan kejelikan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2- kepada wanita yang mengeluarkan peluh ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya,nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah .


3- kepada wanita yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya,Allah telah menetapkan pahala kepadanya seperti pahala memberi makan 1000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian 1000 orang yang tidak berpakaian.

4- kepada wanita yang mempertahankan keutuhan rumah tangganya, Allah akan menahannya daripada meminum air daripada telaga kautsar pada hari kiamat nanti .

5- wahai Fatimah,perkara utama daripada yang di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Seandainya suamimu tidak meredaimu maka aku tidak akan mendoakanmu. ketahuilah wahai wanita kemarahan suami adalah kemurkaan Allah .

6-kepada wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatnya, meminyakkan janggut dan memotong kumisnya serta memotong kukunya,maka Allah memberikan minuman yang didatangkan dalam bekas indah daripada sungai-sungai di syurga. Allah memudahkan sakaratul maut baginya dan kuburnya menjadi sebahagian daripada taman di syurga. dan Allah menetapkan baginya bebas daripada seksa api nerka serta dapat melintasi titian siratul-mustaqim dengan selamat .

7- kepada wanita yang tersenyum di hadapan suaminya,maka Allah akan memandang dengan penuh kasih sayang.


8- kepada wanita yang membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan senang hati.para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amlannya,dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9- apabila wanita mengandung,maka malaikat akan memohon keampunan baginya dan Allah menetapkan kepada setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu kejelikan. ketika wanita berasa sakit sewaktu melahirkan, Allah menetapkan pahala untuknya sama dengan pahala para pejuang yang berjuang di jalan Allah. jika dia melahirkan kandungannya , maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya.
apabila meninggal dunia ketika melahirkan maka dia tidak akan membawa walau sedikit dosa. di dalam kubur pula,dia akan mendapat taman indah yang merupakan sebahagian daripada taman syurga. dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah , dan seribu malaikat akan memohon keampunan baginya sehingga hari kiamat.

10 - apabila seorang wanita melayan suaminya sehari semalam dengan senang hati dan ikhlas , Allah akan mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian untuknya pada hari kiamat berupa pakaian hijau,menetapkan padanya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan . dan Allah akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah .


SEKIAN TERIMA KASIH . WASALAM .

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.