Saturday 22 October 2011

MENANGIS ??


*assalamualaikum , salam senyum senyum :). terima kasih sudi membace. :)
seorang gadis tak kan menangis dengan mudah , tetapi hanya apabila dia mula menyintai , dia akan mula merendahkan egonya untuk si jejaka semata mata hanya kerana si jejaka.. 

apabila si gadis menangis di hadapan si jejaka,
apabila si gadis menangis kerana si jejaka,
pandanglah matanya..
bolehkan si jejaka rasakan apa yang si gadis rasa ?
fikirkan..
berbaloikah si gadis menangis, di hadapan si jejaka
hanya kerana si jejaka ? fikirkann..

       si gadis menangis bukan kerana lemah
       si gadis menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati..
       dia menangis,
       kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati,
       kesedihan yang dirasai menjadi semakin beban untuk disimpan..

ambil masa untuk berfikir..
jika si gadis menangis hanya kerana si jejaka
mungkin sudah tiba masanya si jejaka fikir di mana silapnya
kerana hanya si jejaka tahu jawapannya..

      fikirkan...
      kerana suatu hari nanti , mungkin terlalu lambat untuk menyesal 
      atau terlalu lambat untuk mengucapkan "maafkan saya,i'm so sorry".

kalau seorang gadis menangis kerana si jejaka , jangan biarkan si gadis menangis keseorangan,bersendirian. . berada di sisinya, menemaninya, kerana dialah yang akan setia dengan si jejaka sehingga akhir hayat kamu.
kalau si gadis menangis kerana si jejaka , jangan tinggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. kerana khuatir nanti si jejaka akan merosakkan hidup si gadis.

**jangan pernah ungkapkan rasa cinta kepada seseorang selagi belum benar benar yakin dan sedia bercinta  
    kerana itu akan membuat seseorang itu menangis.
**mudah bagi seseorang gadis untuk berpura pura melupakan cintanya , tetapi bukan mudah untuk
    membuang parut dalam hatinya. 
sekian terima kasih.. :)


Friday 14 October 2011

MEMILIKI SAHABAT LEBIH DARI SATU ==''

*assalamualaikum :) mcm biase. terima kasih sudi membace. :)

sahabat bukan bermakna hanya seorang malah ada yang punya sahabat lebih dari seorang iaitu dua, tiga atau lebih dari itu. namu ape bezanya antara bersahabat dengan seorang berbanding dengan lebih dari seorang ? hehe :) moh kite bace sikit ...

>> Seorang sahabat <<
seorang ertinya kita just ada seorang sahaja teman yang kita percaya untuk share cerita ,teman kita ke mana jer dan orang yang diharapkan untuk bersama kita susah dan senang. Namun ade baik nya, ada buruk nya..

KEBAIKAN
:)  fokus hanya pada seorang dan lebih mudah untuk mengenalinya luar dan dalam. kalau nak berkongsi cerita hanya pada kita sahaja tidak perlu rasa bersalah pada sesiapa, mungkin dia lebih memahami kamu kerana keakraban yang terjalin.

KEBURUKAN
:(  terlalu bergantung sehingga apabila dia tiada kita kan jadi seperti orang patah kaki. Dia mungkin akan mudah berkecil hati andai kita ketepikannya dalam satu-satu hal. Bersama dia sahaja 24 jam sehinggakan kita takde peluang nak memperluaskan persahabatan dengan orang lain.

>> Lebih dari Seorang sahabat <<
kita ada sahabat lebih dari seorang dan mereka inilah yang menjadi pilihan apabila susah dan senang. memiliki sahabat lebih dari seorang bukan bermakna mereka ini dalam kelompok yang sama.

KEBAIKAN
:) kita punya banyak pilihan sekiranya si dia ada masalah tak dapat teman , kita akan ada sahabat lain yang boleh diharapkan. Dia mungkin akan lebih terbuka kerana sedar bukan dia sahaja sahabatmu yang perlu diberi perhatian malah kita ada ramai sahabat yang lain. Pengalaman lebih luas kerana persahabatan juga luas.

KEBURUKAN
:( ambil masa untuk mengenali antara satu sama lain kerana lebih ramai orang akan lebih banyak ragamnya. Ada kalanya akan rasa serba salah terutama apabila terpaksa memilih salah seorang yang perlu diutamakan. Dia kurang memahami kita kerana dia juga perlu memberi ruang pada sahabat yang lain.

*so mane yg best ? seorang atau lebih ? terpulang pada masing masing kay.. pendapat masing masing. yg ni ditulis atas sebab nak share jep. oke ? sekian terima kasih ! adios ! :)

Wednesday 12 October 2011

SENI MEMAAFKAN SAHABAT ANDA ! :)

*assalamualaikum kepada si pembaca. terima kasih sudi membace. terima kaseh sudi menyinggah walaupon sejenak mungkin. huhu :) sikit tips atau nasihat atau cara kite memaafkan sahabat. :)

IKHLAS
jangan sesekali menyimpan perasaan ragu atau takut untuk melafazkan kata maaf. Kaedah ini mungkin berkesan untuk menakluki emosi seseorang yang sedang marah. Seandainya sahabat masih belum memaafkan,jangan menyerah. Tunjukkan rasa tanggungjawab dengan memperbaiki keadaan supaya dia benar-benar melihat ketulusan dan kesungguhan kamu meminta maaf. :)

BERIKAN RUANG UNTUK MENYEMBUHKAN
sahabat juga memerlukan masa dan ruang untuk memujuk hatinya. Jadi,kamu harus bijak memainkan peranan dan jangan bersikap terlalu mendesak. Biasanya sahabat akan cari kamu balik apabila sudah sejuk hatinya. So berikan masa untuk sahabat kita itu kay ! :)

JAGA BAHASA TUBUH
manfaatkan masa yang ada jika sahabat ingin bertemu dengan kamu. Usahakan untuk datang lebih awal berbanding dengan sahabat sebagai tanda kamu sangat sangat ternantikan detik pertemuan itu. Tunjukkan sikap positif agar sahabat berasa selesa. Elak gunakan bahasa tubuh yang kasar atau sombong sewaktu berbual contohnya 'berpeluk tubuh' atau menudingkan jari sewaktu bercakap. Ingat tu ! huhu :)

BERSEDIA DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN
ada kemungkinan sahabat bakal meluahkan perasaannya terhadap kamu. Berikan kesempatan kepadanya untuk meluahkan perasaannya dan jangan ambil hati jika sahabat menggunakan bahasa yang kasar sewaktu berbicara. Bersikap dewasa. Kalau situasi semakin panas jangan bertegang leher untuk menyelesaikan perbualan itu serta merta. Lebih baik lanjutkan perbincangan itu pada hari lain. Ketika semuanya sudah kembali tenang.

BELAJAR DARI PENGALAMAN
meski telah melakukan macam macam cara, sahabat belum sudi memaafkan kamu ? hurmmm.. mungkin kamu perlu sedar diri bahawa kamu perlu undurkan diri kamu dari kehidupannya. Kamu harus menghormati keputusannya. Kemudian fokus supaya kamu tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa masa akan datang. Sekurang kurangnya kamu dah berusaha sehabis baik untuk memperbaiki keadaan. :)

*SEKIAN TERIMA KASIH :) :)

Saturday 8 October 2011

wahai GADIS JANGAN MUDAH tergoda !

gambar hiasan semata-mata :)
*fenomena hari ini, ramai gadis di luar sana yang begitu mudah tergoda dengan si jejaka. dengan hanya sekuntum senyuman, si gadis sudah mula gila bayang. dengan hanya berkereta besar, si gadis yakin si dia cukup kaya. namun tahukah anda kebenaran disebaliknya ? ingatlah jangan mudah tergoda dengan sifat yang dizahirkan. adakalanya pandangan zahir tidak seiring dengan kebenaran. oleh itu, ikuti lah sedikit nasihat atau ilmu tambahan, harap mampu dijadikan panduan dan sandaran. :) 
1- Jangan terlalu mabuk cinta
benar, kalau sudah mabuk cinta itu bukan jaminan membawa bahagia. namun dalam kalangan kita hari ini, masih ada yang begitu asyik dan taksub dengan cinta. si jejaka pula begitu asyik melontarkan kata kata cinta. si gadis pukka khayal berpanjangan. INGAT berpijaklah di bumi yang nyata !

2- Jangan terhasut dek keinginan
berhati-hatilah dengan keinginan hati yang terlalu melonjak. berpijaklah di bumi yang nyata. tidak perlu untuk terlalu mengejar keinginan hati untuk memiliki si jejaka. siasat dulu latar belakangnya. mungkin indah khabar dari rupa..

3- Jangan terlalu teruja dengan populariti
seronoknya apabila didekati oleh si dia yang popular di tempat anda belajar atau bekerja. mentang-mentanglah dia dikatakan The Most Wanted Bachelor, kacak dan ada gaya, terus anda menerima cintanya. kenal pun tidak, mana tahu si dia banyak sikap yang menjengkelkan.

4- Jangan pandang pada hartanya
melihat si jejaka berkereta mewah, anda di sini sudah mula membayangkan yang indah-indah. jangan begitu ! harta hanya pinjaman, belum tentu membawa bahagia yang berpanjangankan ?

5- Jangan terpengaruh dengan situasi
jangan terlalu terdesak untuk memiliki sebuah cinta. asalkan ada dalam kalangan temanmu asyik dengan cinta. anda juga ingin dikasihi dan disayangi. sedangkan si jejaka itu bukanlah pilihan yang tepat.

6- Jangan percaya dengan "Kepercayaan Karut"
gadis masa kini terlalu suka merujuk perihal cinta mereka mengikut zodiak. tak baek tau ! kekasih yang begini, disuruhnya begitu. lama kelamaan si dia pun naik bosan. anda ditinggalkan ! sedih :(
oleh itu, jangan terlalu taksub mengikut zodiakmu. cukup sekadar menjalinkan hubungan cinta kamu mengikut keserasian bersana. :)

*so lepas ni pikir betul betul kay. jangan ikut kehendak hati sangat. :)
*sumber dari majalah sebenarnya. hehehe... sekian, terima kasih :)

BAKAL SUAMI YANG PERLU DIJAUHI =,=

  •  :) intro dulu kay. just sekadar info tambahan. terima kasih sudi membaca. if ade yang tersinggung , MAAF lahh yer. sekadar bahan bacaan sahaja. marilah kita bersama mempelajari ilmu yang ade. :)
  • CiRi-CiRi bAkAL sUamI yANg pErLU diJaUhI :
  • ciri pertama :
  • (akidahnya rosak)
  • inilah ciri lelaki yang tidak layak dijadikan idaman hati. akidah yang dimiliki sudah jelas adalah akidah yang rosak. Ibnul Qayyim mengatakan "barang siapa hendak meninggikan bangunannya,maka hendaklah dia mengukuhkan asasnya dan memberikan perhatian penuh terhadapnya. sesungguhnya kadar tinggi bangunan yang boleh dia bangun adalah sebanding dengan kekuatan asas yang dia buat. amalan manusia adalah ibarat bangunan dan asasnya adalah iman."(Al Fawaid).
  • bermaksud : jika akidah dan iman seseorang rosak padahal itu adalah pokok atau asas, maka bangunan di atasnya pun akan ikut rosak. Perhatikanlah hal ini ! :)
  • ciri kedua :
  • (mensia-siakan solat)
  • solat jemaah bagi lelaki adalah satu kewajipan sebagaimana disebutkan dalam Al Quran dan hadis. diriwayatkan dari Abu Hurairah,seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah SAW dan berkata "Wahai Rasulullah, aku tidak memiliki penunjuk jalan yang dapat mendampingi aku untuk mendatangi masjid." maka dia meminta keringanan kepada Rasulullah untuk tidak solat berjemaah dan agar dibolehkan solat di rumahnya. kemudian Rasulullah memberikan keringanan kepadanya. namun ketika lelaki itu hendak beranjak, Rasulullah memanggil dia lagi dan bertanya "Apakah kamu mendengar azan ?" dia menjawab "Ya." Rasulullah bersabda , "Penuhilah seruan (azan) itu." (HR Muslim)
  • ciri ketiga :
  • (tangan suka usik-mengusik)
  • tangannya suka bersalam wanita yang tidak halal baginya. Rasulullah SAW pun ketika berjabat dan waktu lainnya tidak pernah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya. dari Abdullah bin 'Amr,"Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita ketika berbajat."(HR Ahmad. Shahih). 
  • * ini sekadar untuk pengetahuan kita bersama. pendapat masing masing kay. bukan nak tuju kpd sapa sapa. hanya ilmu tambahan. sekian terima kasih. ASSALAMUALAIKUM. :)


Saturday 1 October 2011

MEmOrY AbADi :)

nahazatul syuhaidah

nursaydatina aiesyah
norbaiti jasarudin

sahabat, kawan, rakan,friend.ini kisah kami. :)
hurmm... ni yg aku ade untuk diolahkan sebagai cerita di blog ku ini. tentang persahabatan yg telah lame dibina, lame dijage.pahit, masam, manis, tawar. ade semua nye. cukup lengkap.susah senang kami bersame. itu baru kawan, sahabat name nye kann ? hehe :)
oke, mula mula aku nak ceritalah kan.. kawan aku yg berdua tu sepupu aw. huhu.. same umo blake. sekampung blake. haha... kiteorg kenal dari tadika. bayang kan.. umo 6 tahun. kecek kecek ag. berhingus ag time tu. nak g tadika ma anta, ayah anta. ma ambek, ayah ambek. tapi ade kadang balek ngan cikgu tadika tuu. huhu :) mase kat tadika kawan aku yg berdua ni cepat sikit pick up nye. aku jep slow. haha.. almaklum lahh time tu pemalu sikit. haha *dan dan bgtau pemalu.. huhu.. oke. pas tu kiteorg sambung ag persahabatan yg sementare tu kat sekolah rendaah pulak. umo 7 tahun sampai 12 tahun. lame tak ? lame kann.. hui~~ mase sekolah rendah, jgn cakap lah. tiga tiga garang. huhu.. garang ker ? agak garang ar~~ dah pengawas sekolah, garang lah jawab nye. time tu.. kejayaan bersama! seorg pengawas, habes tige tige pengawas. tamak ! huhu.. hurmm.. lepas tu... berpisah dah... sedeh nye :( .. seorang ke sane, seorang ke sini, seorang ke situ..yg name Syuhaidah tu ke sekolah menengah berasrama. yg name Aiesyah tu ke sekolah agama. aku ? ade jer kat sekolah menengah harian.. hehe :)
tapi tulahh.. takdir Tuhan, sejauh mane kiteorg pergi. masih tetap ditemukan jugak.. sampai sekarang. dah 18 tahun pon umo masing masing. masih berkawan. masih elok persahabatan tu dijage. masih kekal. masih wujud walaupon tak kelihatan secara kasar nye. cause jarang jarang dapat jumpe. unless si Aieyah tu.. cause mase tingkatan 3, dy pindah sekolah aku. hehe :) *sempat diselitkan ag tu..
sedar tak sedar dah 13 tahun kite berkawan.. dari rambut tocang, sampai bertudung ni haa.. adoi ~~ masih bersame. just ade kadang tak contact each other jep. tapi tak bermakna dilupakan. sikit ar info nak tambah. hehe.. Syuhaidah tu birthday dy 28 APRIL 1993. Aiesyah, 27 JULAI 1993.. 
aku rindu korang aw. ade kadang teringat kat korang. aku doa moge moge persahabatan kite yg dah lame kite bina ni kekal selamanye. Insya Allah. tak kisah kowg kat mane. aku doakan kite same same berjaye. 
lovekorangketatketat. :) muahh !