Saturday 8 October 2011

BAKAL SUAMI YANG PERLU DIJAUHI =,=

  •  :) intro dulu kay. just sekadar info tambahan. terima kasih sudi membaca. if ade yang tersinggung , MAAF lahh yer. sekadar bahan bacaan sahaja. marilah kita bersama mempelajari ilmu yang ade. :)
  • CiRi-CiRi bAkAL sUamI yANg pErLU diJaUhI :
  • ciri pertama :
  • (akidahnya rosak)
  • inilah ciri lelaki yang tidak layak dijadikan idaman hati. akidah yang dimiliki sudah jelas adalah akidah yang rosak. Ibnul Qayyim mengatakan "barang siapa hendak meninggikan bangunannya,maka hendaklah dia mengukuhkan asasnya dan memberikan perhatian penuh terhadapnya. sesungguhnya kadar tinggi bangunan yang boleh dia bangun adalah sebanding dengan kekuatan asas yang dia buat. amalan manusia adalah ibarat bangunan dan asasnya adalah iman."(Al Fawaid).
  • bermaksud : jika akidah dan iman seseorang rosak padahal itu adalah pokok atau asas, maka bangunan di atasnya pun akan ikut rosak. Perhatikanlah hal ini ! :)
  • ciri kedua :
  • (mensia-siakan solat)
  • solat jemaah bagi lelaki adalah satu kewajipan sebagaimana disebutkan dalam Al Quran dan hadis. diriwayatkan dari Abu Hurairah,seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah SAW dan berkata "Wahai Rasulullah, aku tidak memiliki penunjuk jalan yang dapat mendampingi aku untuk mendatangi masjid." maka dia meminta keringanan kepada Rasulullah untuk tidak solat berjemaah dan agar dibolehkan solat di rumahnya. kemudian Rasulullah memberikan keringanan kepadanya. namun ketika lelaki itu hendak beranjak, Rasulullah memanggil dia lagi dan bertanya "Apakah kamu mendengar azan ?" dia menjawab "Ya." Rasulullah bersabda , "Penuhilah seruan (azan) itu." (HR Muslim)
  • ciri ketiga :
  • (tangan suka usik-mengusik)
  • tangannya suka bersalam wanita yang tidak halal baginya. Rasulullah SAW pun ketika berjabat dan waktu lainnya tidak pernah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya. dari Abdullah bin 'Amr,"Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita ketika berbajat."(HR Ahmad. Shahih). 
  • * ini sekadar untuk pengetahuan kita bersama. pendapat masing masing kay. bukan nak tuju kpd sapa sapa. hanya ilmu tambahan. sekian terima kasih. ASSALAMUALAIKUM. :)


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.