Wednesday 12 October 2011

SENI MEMAAFKAN SAHABAT ANDA ! :)

*assalamualaikum kepada si pembaca. terima kasih sudi membace. terima kaseh sudi menyinggah walaupon sejenak mungkin. huhu :) sikit tips atau nasihat atau cara kite memaafkan sahabat. :)

IKHLAS
jangan sesekali menyimpan perasaan ragu atau takut untuk melafazkan kata maaf. Kaedah ini mungkin berkesan untuk menakluki emosi seseorang yang sedang marah. Seandainya sahabat masih belum memaafkan,jangan menyerah. Tunjukkan rasa tanggungjawab dengan memperbaiki keadaan supaya dia benar-benar melihat ketulusan dan kesungguhan kamu meminta maaf. :)

BERIKAN RUANG UNTUK MENYEMBUHKAN
sahabat juga memerlukan masa dan ruang untuk memujuk hatinya. Jadi,kamu harus bijak memainkan peranan dan jangan bersikap terlalu mendesak. Biasanya sahabat akan cari kamu balik apabila sudah sejuk hatinya. So berikan masa untuk sahabat kita itu kay ! :)

JAGA BAHASA TUBUH
manfaatkan masa yang ada jika sahabat ingin bertemu dengan kamu. Usahakan untuk datang lebih awal berbanding dengan sahabat sebagai tanda kamu sangat sangat ternantikan detik pertemuan itu. Tunjukkan sikap positif agar sahabat berasa selesa. Elak gunakan bahasa tubuh yang kasar atau sombong sewaktu berbual contohnya 'berpeluk tubuh' atau menudingkan jari sewaktu bercakap. Ingat tu ! huhu :)

BERSEDIA DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN
ada kemungkinan sahabat bakal meluahkan perasaannya terhadap kamu. Berikan kesempatan kepadanya untuk meluahkan perasaannya dan jangan ambil hati jika sahabat menggunakan bahasa yang kasar sewaktu berbicara. Bersikap dewasa. Kalau situasi semakin panas jangan bertegang leher untuk menyelesaikan perbualan itu serta merta. Lebih baik lanjutkan perbincangan itu pada hari lain. Ketika semuanya sudah kembali tenang.

BELAJAR DARI PENGALAMAN
meski telah melakukan macam macam cara, sahabat belum sudi memaafkan kamu ? hurmmm.. mungkin kamu perlu sedar diri bahawa kamu perlu undurkan diri kamu dari kehidupannya. Kamu harus menghormati keputusannya. Kemudian fokus supaya kamu tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa masa akan datang. Sekurang kurangnya kamu dah berusaha sehabis baik untuk memperbaiki keadaan. :)

*SEKIAN TERIMA KASIH :) :)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.