Thursday 24 November 2011

TERTEKAN IDEA DIAMBIL ORANG =,=

.


ASSALAMUALAIKUM :)
hehe.. oke tak payah nak banyak melalut sangat lahh Baiti kann.. :)
sini nak share ar sedikit sebanyak info macam mane korang nak elakkan dr tertekan/tension/stress kalau idea bernas + bijak + terbaik korang kne rembat dgn orang lain.. grr !! Geram kan ? hee ~ saye ade bace dlm majalah.. so nak share ar sikit dgn korang.. Selamat membaca ! :)

SATU !
FIKIR SECARA POSITIF :)
memang menyakitkan hati apabila ada rakan sekerja yang busuk hati mencuri idea kita. Namun jangan cepat mengambil tindakan secara membuta tuli. Fikir secara positif dan matang. Semestinya idea yang dicuri itu terhad kerana bukan dari buah fikirannya. Sedangkan kita boleh mengembangkan lagi idea asal itu kepada yang lebih baik. :)

DUA !
ELAKKAN PISANG BERBUAH DUA KALI !
jika anda pernah mengalami situasi begini , elakkan daripada melakukan perkara yang sama. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Berhati-hatilah apabila mnegeluarkan pendapatkepada rakan sekerja. minta rakan sekerja yang lain jug mnegeluarkan pendapat.

TIGA !
MEMBERI IDEA YANG LEBIH BERNAS DARIPADA YANG ASAL
jangan takut apabila idea anda dicuri orang,sebaliknya yakinkan diri bahawa anda boleh melakukannya dengan lebih baik dan memberi idea bernas daripada yang asal. Tentunya idea itu lebih mantap kerana anda sudah tahu 'kelemahan pihak lawan' yang terang-terangan menggunakan idea orang lain.

EMPAT !
JANGAN CEPAT MELATAH
jangan cepat melatah kerasna boleh menunjukkan kebodohan anda. Lambat laun orang lain akan tahu juga kebenaran dan kemampuan diri anda. :)

LIMA !
BERSEMUKA =.=
bagi anda yang berani dan tidak ingin perkara ini berlarutan serta boleh membuatkan hubungan menjadi keruh, anda boleh bersemuka dengannya. Seeloknya , berbincang dari hati ke hati dan secara rasional. Jangan terlalu mengikut perasaan dan kata. Jika dia tidak mahu memberikan kerjasama barulah anda boleh bmenceritakan hal yang sebenar..

sekian.. terima kasih. :)


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.