Sunday 3 February 2013

Vitamin Untuk Cinta yang Sihat

Assalamualaikum . Salam sejahtera kpd yang membaca . Lama dah rasanya saya tak menulis kat blog saya ni . Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis dan bercerita . Mungkin juga berkongsi sedikit apa yang saya baca dalam sebuah majalah . Moga dapat membantu kamu yang sedang membaca . :)
Tajuk pun dah tulis pasal "Vitamin Untuk Cinta yang Sihat" . Ingat badan kita jer ke nak vitamin . Sesebuah perhubungan pun ada vitamin jugak . So ? Jom baca . In Shaa Allah dpt membantu .

 [ VITAMIN PERCAYA ]
percaya itu perlu .tidak perlu ada syak wasangka , tidak perlu ada curiga dan percaya akan membina cinta . bagaimana cinta akan terbentuk sihat jika ingin disahkan kesahihan sesebuah cerita ? cinta itu sendiri bukankah lahir berteraskan kepercayaan bahawa si pasangan menyayangi dan menyintai dirimu .
PERCAYALAH !

[ VITAMIN ADIL ]
adil ? jangan sesekali diabaikan . bukan bercakap tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan . tetapi tentang apa yang patut diletakkan di tempat yang sesuai . tidak adil jika asyik disogok dengan kata tohmahan sedangkan hati si pasangan setia dengan kamu sahaja . tidak adil jika kamu tidak dibenarkan bersosial dengan rakan rakan dan masa hanya untuk dia seorang sahaja .



[ VITAMIN IKHLAS ]
keikhlasan dan kejujuran perlu dalam sebuah perhubungan . perbuatan yang diselindung tentu sekali bukan yang digemari pasangan . ketidakjujuran membuat si pasangan berahsia dalam hati . rahsia yang banyak umpama kanser yang bersarang di hati dan sukar dirawati .

[ VITAMIN HORMAT ]
hormatilah semua aspek pasangan anda . hormat itu mendengar jika diperlukan telinga , cuba menolong jika pasangan memerlukan bantuan , menerima pasangan seadanya dan jangan sesekali menghina kelemahannya . sekiranya hormat tidak wujud , cinta yang bermula dengan suci gebu akan musnah akhirnya .

   [ VITAMIN BERDIKARI ]
dalam soal cinta tidak ada istilah berdikari kerana cinta memerlukan dua jiwa untuk terbentuk . cinta yang sihat memerlukan vitamin sokongan yang begitu padu dari si pasangan . sokongan si jantung hati bernilai tinggi dan ianya perlu untuk memberi perangsang , meredakan perasaan dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ini pada hari esoknya .

[ VITAMIN KOMUNIKASI ]
komunikasi yang baik amat perlu . komunikasi bukan sahaja bercakap tetapi bahasa tubuh juga memainkan peranan yang penting lebih lebih lagi reaksi muka kamu . cinta tanpa komunikasi ibarat sebuah cinta yang beku tanpa luahan rasa . amalkan komunikasi dua hala antara pasangan .


p/s : moga dapat membantu kamu semua dan membantu diri saya sendiri juga . Terima kasih sudi membaca .



                                                                                                                               

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.